Selepas dipecat dari jawatan kabinetnya 28 Julai lalu, sehingga sekarang masih tiada kedengaran suara - suara pembelaan untuk Datuk Seri Shafie Apdal dari ahli -ahli Umno Sabah terutamanya dari pemimpin - pemimpin kanan umno negeri tersebut. Jika adapun suara -suara yang membela beliau, itu hanyalah daripada pemimpin dan penyokong bahagian yang diketuai olehnya sahaja.
Berbeza dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Shafie Apdal tidak mendapat sokongan kukuh dari UMNO sabah. Perbalahan dan percakaran Shafie dengan ketua menteri sabah (Musa Aman) adalah amat jelas dan diketahui umum, lebih - lebih lagi oleh ahli -ahli umno dan pemimpin -pemimpin negeri tersebut.
Kedudukan Musa Aman sebagai ketua Menteri Sabah adalah amat kukuh buat ketika ini. Hampir kesemua ahli -ahli dewan undangan negeri tersebut berada dibelakang menyokong kepimpinan beliau. Ahli - ahli parlimen negeri tersebut juga sebahagian besarnya adalah penyokong - penyokong Musa Aman.
Kali Pertama Shafie Apdal tiba di Sabah selepas dipecat dari jawatannya, tiada seorang pun pemimpin -pemimpin negeri itu, selain dua pemimpin dari bahagiannya, yang datang menyambut kedatangan beliau. Keadaan itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa Shafie sebenarnya tidak ada sokongan kukuh dikalangan pemimpin -pemimpin dan ahli -ahli Umno Sabah.
Sebab itulah pemecatan Shafie dari umno tidak akan memberi apa - apa impak kepada kesatuan dan perpaduan umno negeri sabah yang sedang kukuh dibawah kepimpinan Musa Aman. Malah adalah bukan menjadi perkara rahsia dikalangan ahli -ahli Umno negeri tersebut, Jika Shafie tidak dipecat, Musa Aman dan sebahagian besar pemimpin - pemimpin negeri tersebut tidak akan berpuas hati.
No comments:
Post a Comment